setiap yang bernyawa di atas muka bumi ini pasti akan mati, tak kira lah samaada manusia,tumbuhan,haiwan ataupun makhluk yang bernyawa lain. dan sebagai manusia kita kita kena percaya yang mati itu benar dan bila sampai masa maut menjemput kita, maka kita tidak dapat menangguh walaupun sesaat. dan sekiranya kita telah meninggal kan dunia ini buat selama-lamanya adakah segalanya akan berakhir?? jawapan nya TIDAK..kerana selepas kita meninggalkan alam dunia ,kita akan berpindah ke alam kubur pula. dan di sini lah sebenarnya permulaan bagi kita samaada kita akan senang untuk selama-lamanya atau kita akan susah untuk selama-lamanya. semuanya ini bergantung dengan apa yang kita buat semasa kita berada di alam dunia.sabda Nabi S.A.W "sesungguh nya kubur itu adalah satu taman dari taman-taman syurga, dan merupakan lubang dari lubang-lubang neraka."
Setiap hari bumi (tanah) akan memanggil manusia dengan 10 panggilan;
Friday, 17 June 2011
"taman Syurga atau lubang Neraka"
Posted by boneka sayu at 21:04 0 comments
Tuesday, 5 April 2011
Kisah Pelacur dan Anjing
Dari Abu hurairah r.a katanya rasulullah saw. Pernah bercerita “Pada suatu ketika ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat kehausan. Kebetulan dia turun ke sumur itu untuk minum. Setelah keluar dari sumur, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Orang itu berkata dalam hatinya, Alangkah hausnya anjing itu, seperti yang baru kualami” lalu dia turun kembali ke sumur, dicedoknya air dengan sepatunya, dibawanya ke atas dan diberi minumkannya kepada anjing itu. Maka Allah berterima kasih kepada lelaki itu (diterimaNya amalnya), dan diampuniNya dosanya” Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah saw. Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan ini?” Jawab rasulullah saw “Menyayangi setiap makhluk hidup(tumbuhan dan haiwan) berpahala (ada pahalanya),” Hadis Sahih Muslim jilid 4 no hadis 2099Dari Abu Hurairah r.a katanya “Rasulullah saw. Bercerita “Pada suatu ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah sumur. Anjing itu hampir mati kehausan. Tiba-tiba dia terlihat oleh seorang wanita pelacur bangsa bani Israil. Maka dibukanya sepatu botnya, kemudian dicedoknya air dengan sepatunya, lalu diberinya minum anjing yang hampir mati itu . maka Allah swt mengampuni segala dosa wanita itu (dengan asbab amalnya beri minum anjing itu)..betapa pemurah nya Allah pada hamba2 nya..renungkan la...
Posted by boneka sayu at 03:41 0 comments
Wednesday, 23 March 2011
Dunia di junjung Akhirat di pegang.
Pada zaman sekarang ne semua manusia berlumba-lumba mengejar dunia, kalau boleh semua yang ada di dunia ne nak kita perolehi. sedangkan kita tahu dunia ne hanya tempat persinggahan yang bersifat sementara yang mana satu hari nanti pasti dan pasti semua yang ada di dunia ini akan musnah. tapi peringatan tersebut tak sedikit pun kita ambil peduli. sebagai contoh bila kita ada masalah duniawi bersungguh2 kita cuba cari jalan penyelesaiaan nya, berhempas pulas kita cari ikhtiar agar masalah itu selesai. manusia hari ini akan runsing serunsing runsing nya bila tiada pekerjaan sampai kita bersungguh2 supaya kita dapat pekerjaan, kadang2 sampai terlupa kewajipan dek kerana urusan cari kerja.tetapi bila soal akhirat manusia ambil mudah sahaja tak sama usaha yang bersungguh2 untuk dunia berbanding usaha akhirat. kalau hari ini seorang raja mengundang kita untuk berjumpa nya kita akan persiap kan diri untuk hari tersebut, kita akan persiap kan baju yang cantik, kenderaan, pokok nya semua sudah di siap kan walau pun hujan atau ribut kita akan berusaha untuk pergi.. tetapi kalau RAJA SEGALA RAJA yg menjemput kita melalui muazin nya dengan laungan azan.apa yang kita buat adakah sama usaha kita yng bersungguh2 ketika raja di dunia yang menjemput kita??? jawapan nya tentu tidak sama..begini la sifat dan kelakuan kita hari ini.."DUNIA D JUNJUNG AKHIRAT D PEGANG"..bila dunia goyang kita lepas kan akhirat untuk menyelamat kan dunia..sepatutnya "AKHIRAT D JUNJUNG DUNIA D PEGANG" bila akhirat goyang kita lepas kan dunia dan selamat kan akhirat..tapi ini lah kita hari ne terleka dengan tipu daya dunia..terpesona dengan keindahan dunia sehinggah lupa pada keindahan SYURGA yg berlipat-lipat kali ganda keindahan nya..
Wallahualam..
Posted by boneka sayu at 04:18 0 comments
Friday, 11 March 2011
Saturday, 5 March 2011
i love my bestfriend..
Posted by boneka sayu at 19:12 0 comments
Friday, 4 March 2011
apa saja untuk mu aq sanggub berkorban
"demi untuk mu lautan api sanggup ku renangi"
Posted by boneka sayu at 17:48 0 comments
Wednesday, 2 March 2011
"semalam i kol u..u tak answer" a.k.a KANTOI
semalam aq lepak ngan seorang kawan, perbualan kami di mulakan ngan cerita tentang MU vs CHELSEA, rancak juga lah perbualan kami wlu pun aq peminat LIVERPOOL..bila perbualan tentang bola habis, tiba2 dia mengeluh panjang, aq tanya napa ko mengeluh?? dia cakap dari tadi dia kol awek nya tapi tak di jawab, aq pun terus bergurau ngan member aq ne dengan berkata "ala tengah dating la awek mu tu"..dengan selamber dia member aq ne jawab "maybe la tu"..oleh kerana kehabisan rokok time lepak tu, kami pun keluar p cari rokok kerana member aq ne hisap rokok yang kena cukai kerajaan a.k.a dunhill so tiada jual kat kg kami. kami pun berhenti di sebuah restoran untuk membeli rokok dan melepaskan hajat kecil, dengan tidak di sangka kami ternampak awek member aq ne kat dalam restoran tu sedang makan ngan seorang lelaki.bila aq tengok member aq ne muka dia dah merah mcm barah api dan aq pun terus tarik dia bawa masuk kereta coz aq expect lau aq tak tenang kan dia memang akan kecoh la restoran tu.aq pun terus bgi segala nasihat yang termampu supaya dia tak mengamuk malam tu tapi mcm segala nasihat ku tak makan kat dia.tapi bila aq kata yg malu lah kita gaduh depan org ramai gara2 perempuan bru la dia cool sikit..member aq ne terus kol awek dia tp tetap jgak tak dijawab. kemudian member aq ne mesej awek dia mngatakan yang dia tengah demam..selang beberapa minit awek member aq ne kol, dan dia cakap "sorry abg..syg d rumah makcik ne ada kenduri" mcm tu lah lebih kurang ayat yg aq dengar..wah pandai nya awek dia berlakon..kemudian member aq cakap dia nak bagi surprise kat awek dia. member aq pun turun dari kereta dan masuk restoran tu untuk beli rokok, aq panic dah, aq tengok jak gelagat member ku dari luar, lepas member ku bli rokok dia terus jalan mendekati meja awek nya untuk berpura2 meminjam mancis dari lelaki itu. alangkah terkejut nya awek member ku itu bila melihat boyfriend nya berada di hadapan nya. selepas meminjam mancis member aq terus bla dari meja tu.dan bila kami dah jalan tinggal kan restoran tu member aq pun terus kol awek nya dan mangucapkan kata2 keramat iaitu "we break"..aq pun salute la ngan member aq ne coz boleh bersifat tenang mcm 2..dan untuk awek dia aq rasa dia lah orang paling rugi coz mensia-sia kan orang yang baik dan berpangkat mcm member ku..dan aq dapat tahu lelaki yang bersama awek member aq malam 2 hanya seorang conductor bus dan memegang title penagih syabu..ne la hidup kadang2 kita dah dapat benda yg baik tapi masih juga mau mencari yang buruk..kalau dulu kita selalu dengar lelaki jak yg kuat selingkuh tp kini lelaki perempuan sama sahaja..
Posted by boneka sayu at 01:03 0 comments

