BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 17 June 2011

"taman Syurga atau lubang Neraka"

setiap yang bernyawa di atas muka bumi ini pasti akan mati, tak kira lah samaada manusia,tumbuhan,haiwan ataupun makhluk yang bernyawa lain. dan sebagai manusia kita kita kena percaya yang mati itu benar dan bila sampai masa maut menjemput kita, maka kita tidak dapat menangguh walaupun sesaat. dan sekiranya kita telah meninggal kan dunia ini buat selama-lamanya adakah segalanya akan berakhir?? jawapan nya TIDAK..kerana selepas kita meninggalkan alam dunia ,kita akan berpindah ke alam kubur pula. dan di sini lah sebenarnya permulaan bagi kita samaada kita akan senang untuk selama-lamanya atau kita akan susah untuk selama-lamanya. semuanya ini bergantung dengan apa yang kita buat semasa kita berada di alam dunia.sabda Nabi S.A.W "sesungguh nya kubur itu adalah satu taman dari taman-taman syurga, dan merupakan lubang dari lubang-lubang neraka." 


Setiap hari bumi (tanah) akan memanggil manusia dengan 10 panggilan;


1. Wahai anak adam! Kamu berjalan di atas punggungku, tetapi tempat kembalimu adalah di      dalam perutku.

2. Kamu melakukan maksiat di atas punggungku dan kamu disiksa di dalam perutku.

3. Kamu bergurau di atas punggungku, tetapi kamu menangis di dalam perutku.

4. Kamu makan benda haram di atas punggungku, tetapi seluruh cacing akan makan kamu di dalam perutku.

5. Kamu bergembira di atas punggungku, tetapi kamu akan susah di dalam perutku.

6.Kamu mengumpul harta haram diatas punggungku tapi kamu hancur dalam perutku.

7.Kamu sombong di atas punggungku, tetapi kamu menjadi hina di dalam perutku.

8. Kamu berjalan megah dan sukaria di atas punggungku, tetapi kamu jatuh kesedihan di dalam perutku.

9. Kamu berjalan dalam cahaya di atas punggungku, tetapi kamu akan duduk dalam kegelapan di dalam perutku.

10.Kamu berjalan beramai-ramai di atas punggungku, tetapi kamu akan sendirian dalam perutku.

jadi sama-sama lah kita fikir kan samaada kita mahu kubur kita nanti salah satu dari taman Syurga atau salah satu dari lubang Neraka..kerana setiap manusia tiada jaminan terhadap diri kita masing-masing tentang apa yang akan berlaku pada diri kita apabila kita telah melangkah ke alam barzakh (kubur) oleh itu, gunakan lah masa kita di dunia ini dengan sebaik-baiknya. mudah-mudahan kita semua selamat di persinggahan yang pertama yakni alam kubur dan seterusnya selamat di hari penghisaban yakni di Akhirat kelak..amin

wallahualam..