BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 29 October 2011

"tanda lelaki sangat sayang"

Apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi selembut kapas. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk mu itu.
Sekiranya kamu menyedari teman lelaki kamu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu dengan rela hati, nyata kamu tidak silap memilih teman hidup. Situasi ini terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping denganmu sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. Betapa beruntungnya kamu.
Selain itu, jika teman lelakimu sentiasa buat hatimu senang dan terhibur, itu tandanya dia inginkan perhubungan yang serius daripada kamu. Sudah tentu dalam sesebuah hubungan kita inginkan sesuatu kenangan yang manis untuk dikenang. Jadi tidak hairanlah lelaki sebegini sentiasa inginkan suasana ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. Padanya, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membuatkan hati orang yang disayangi sentiasa senang dan terhibur.
Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Dia akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan di antara kamu. Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya.
Cemburu! Satu sikap yang paling tidak disukai oleh kebanyakan insan yang bercinta. Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi kamu dan tidak mahu hati kamu berubah. Bukan bermaksud dia ingin mengongkong kebebasanmu, tetapi dia cuba mengambil berat setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya pada setiap inci. Jika kamu setia padanya, tidak salahkan dia cemburu asalkan tidak cemburu buta!
Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi!
Kamu pasti pernah melalui situasi di mana teman lelakimu marah dan sentiasa curiga setiap kali kamu bercerita atau berjumpa mengenai lelaki lain di hadapannya. Jangan risau. Bukan bermakna si dia ingin mengongkong perjalanan hidupmu, tetapi risau sekiranya kamu mula berpaling tadah apalagi setelah berjumpa dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cintanya begitu mendalam terhadap mu..
Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.
Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya. Jangan pula kamu sangka manjanya itu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.
Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu. Si dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kamu senang dan tidak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Kamu memberitahunya yang kamu akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dia jadi menggelabah dan tidak menentu. Itu tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan darimu dan kamu tidak perlu ragu lagi tentang kesetiaannya.
Sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.
Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.
Dan pengorbanan paling besar sekal gus menjelaskan lagi betapa si dia menyayangi dirimu apabila teman lelakimu lebih mementingkan diri kamu berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mu. Asalkan kamu sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dirinya. Jadi, HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Friday 17 June 2011

"taman Syurga atau lubang Neraka"

setiap yang bernyawa di atas muka bumi ini pasti akan mati, tak kira lah samaada manusia,tumbuhan,haiwan ataupun makhluk yang bernyawa lain. dan sebagai manusia kita kita kena percaya yang mati itu benar dan bila sampai masa maut menjemput kita, maka kita tidak dapat menangguh walaupun sesaat. dan sekiranya kita telah meninggal kan dunia ini buat selama-lamanya adakah segalanya akan berakhir?? jawapan nya TIDAK..kerana selepas kita meninggalkan alam dunia ,kita akan berpindah ke alam kubur pula. dan di sini lah sebenarnya permulaan bagi kita samaada kita akan senang untuk selama-lamanya atau kita akan susah untuk selama-lamanya. semuanya ini bergantung dengan apa yang kita buat semasa kita berada di alam dunia.sabda Nabi S.A.W "sesungguh nya kubur itu adalah satu taman dari taman-taman syurga, dan merupakan lubang dari lubang-lubang neraka." 


Setiap hari bumi (tanah) akan memanggil manusia dengan 10 panggilan;


1. Wahai anak adam! Kamu berjalan di atas punggungku, tetapi tempat kembalimu adalah di      dalam perutku.

2. Kamu melakukan maksiat di atas punggungku dan kamu disiksa di dalam perutku.

3. Kamu bergurau di atas punggungku, tetapi kamu menangis di dalam perutku.

4. Kamu makan benda haram di atas punggungku, tetapi seluruh cacing akan makan kamu di dalam perutku.

5. Kamu bergembira di atas punggungku, tetapi kamu akan susah di dalam perutku.

6.Kamu mengumpul harta haram diatas punggungku tapi kamu hancur dalam perutku.

7.Kamu sombong di atas punggungku, tetapi kamu menjadi hina di dalam perutku.

8. Kamu berjalan megah dan sukaria di atas punggungku, tetapi kamu jatuh kesedihan di dalam perutku.

9. Kamu berjalan dalam cahaya di atas punggungku, tetapi kamu akan duduk dalam kegelapan di dalam perutku.

10.Kamu berjalan beramai-ramai di atas punggungku, tetapi kamu akan sendirian dalam perutku.

jadi sama-sama lah kita fikir kan samaada kita mahu kubur kita nanti salah satu dari taman Syurga atau salah satu dari lubang Neraka..kerana setiap manusia tiada jaminan terhadap diri kita masing-masing tentang apa yang akan berlaku pada diri kita apabila kita telah melangkah ke alam barzakh (kubur) oleh itu, gunakan lah masa kita di dunia ini dengan sebaik-baiknya. mudah-mudahan kita semua selamat di persinggahan yang pertama yakni alam kubur dan seterusnya selamat di hari penghisaban yakni di Akhirat kelak..amin

wallahualam..

Tuesday 5 April 2011

Kisah Pelacur dan Anjing

Dari Abu hurairah r.a katanya rasulullah saw. Pernah bercerita “Pada suatu ketika ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat kehausan. Kebetulan dia turun ke sumur itu untuk minum. Setelah keluar dari sumur, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Orang itu berkata dalam hatinya, Alangkah hausnya anjing itu, seperti yang baru kualami” lalu dia turun kembali ke sumur, dicedoknya air dengan sepatunya, dibawanya ke atas dan diberi minumkannya kepada anjing itu. Maka Allah berterima kasih kepada lelaki itu (diterimaNya amalnya), dan diampuniNya dosanya” Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah saw. Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan ini?” Jawab rasulullah saw “Menyayangi setiap makhluk hidup(tumbuhan dan haiwan) berpahala (ada pahalanya),” Hadis Sahih Muslim jilid 4 no hadis 2099Dari Abu Hurairah r.a katanya “Rasulullah saw. Bercerita “Pada suatu ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah sumur. Anjing itu hampir mati kehausan. Tiba-tiba dia terlihat oleh seorang wanita pelacur bangsa bani Israil. Maka dibukanya sepatu botnya, kemudian dicedoknya air dengan sepatunya, lalu diberinya minum anjing yang hampir mati itu . maka Allah swt mengampuni segala dosa wanita itu (dengan asbab amalnya beri minum anjing itu)..betapa pemurah nya Allah pada hamba2 nya..renungkan la...

Wednesday 23 March 2011

Dunia di junjung Akhirat di pegang.

Pada zaman sekarang ne semua manusia berlumba-lumba mengejar dunia, kalau boleh semua yang ada di dunia ne nak kita perolehi. sedangkan kita tahu dunia ne hanya tempat persinggahan yang bersifat sementara yang mana satu hari nanti pasti dan pasti semua yang ada di dunia ini akan musnah. tapi peringatan tersebut tak sedikit pun kita ambil peduli. sebagai contoh bila kita ada masalah duniawi bersungguh2 kita cuba cari jalan penyelesaiaan nya, berhempas pulas kita cari ikhtiar agar masalah itu selesai. manusia hari ini akan runsing serunsing runsing nya bila tiada pekerjaan sampai kita bersungguh2 supaya kita dapat pekerjaan, kadang2 sampai terlupa kewajipan dek kerana urusan cari kerja.tetapi bila soal akhirat manusia ambil mudah sahaja tak sama usaha yang bersungguh2 untuk dunia berbanding usaha akhirat. kalau hari ini seorang raja mengundang kita untuk berjumpa nya kita akan persiap kan diri untuk hari tersebut, kita akan persiap kan baju yang cantik, kenderaan, pokok nya semua sudah di siap kan walau pun hujan atau ribut kita akan berusaha untuk pergi.. tetapi kalau RAJA SEGALA RAJA yg menjemput kita melalui muazin nya dengan laungan azan.apa yang kita buat adakah sama usaha kita yng bersungguh2 ketika raja di dunia yang menjemput kita??? jawapan nya tentu tidak sama..begini la sifat dan kelakuan kita hari ini.."DUNIA D JUNJUNG AKHIRAT D PEGANG"..bila dunia goyang kita lepas kan akhirat untuk menyelamat kan dunia..sepatutnya "AKHIRAT D JUNJUNG DUNIA D PEGANG" bila akhirat goyang kita lepas kan dunia dan selamat kan akhirat..tapi ini lah kita hari ne terleka dengan tipu daya dunia..terpesona dengan keindahan dunia sehinggah lupa pada keindahan SYURGA yg berlipat-lipat kali ganda keindahan nya..

Wallahualam..

Friday 11 March 2011

Powerful quake hits Japan

Saturday 5 March 2011

i love my bestfriend..

pagi2 ujan ne membuat kan diriku terkenang kat campus plak, law kat campus ujan pepagi mcm ne rokok and neskefe la peneman..pehh sedap nya!! tp kat umah ne tak ble nak berasap tak ada lesen lagi..sebut pasal campus ne teringat plak aq ngan kwan2 aq..dan kenagan2 gila besama mereka..tapi yang aq tak boleh lupa ialah aq fall in love kat bestfriend aq sendiri..iskk3, ntah mcm mana boleh begitu pun aq tak tau. mungkin d sebab kan selalu bersama then sharing everything menyebabkan aq boleh ada perasaan begitu..bila fikir balik terasa buduh2 plak time 2 tapi apa boleh buat perasaan tu datang sendiri so aq pun layan jak la..aq mc ingat time aq bgitaw perasaan ku kat member aq tu. terkejut gila dia, dan bila dia reject aq tyme 2 aq rasa mcm tebal 10 inci muka ku ne dan rasa malu aq nak berdepan ngan dia.aq masih ingat lgi dia ckap mcm ne "aq sayang ko dan aq memang sangat2 sayang ko tapi perasaan syg ku hanya sebagai kawan dan tak akan bertukar menjdi perasaan sayang sebagai kekasih" lebih kurang mcm 2 la..lepas kejadian tu hampir dekat sebulan kami tak bercakap ialah malu lah kan..tp bila aq rasa tak selesa coz mcm rasa kehilangan aq memberani kan diri untuk minta maaf kat dia and minta dia lupakan perkara 2..selepas 2 baru lah kami close balik..lucu2..tapi salah kah law kita fall in love ngan kawan rapat kita sendiri..?? ...

Friday 4 March 2011

apa saja untuk mu aq sanggub berkorban

"demi untuk mu lautan api sanggup ku renangi"

"demi untuk mu ku sanggup korban kan segalanya"

ini la antara ayat2 yang selalu keluar di mulut org sedang mabuk cinta..tapi kadang2 d mulut jak cakap begitu tapi bila nak bwat btul2 befikir jgak nak berkorban gila2 sampai begitu kan..tapi memang ada org sanggub berkorban demi chinta nya.. aq ada sorang member berkerjaya sebagai "office boy" orang nya selamber, gila2 dan berpewatakan menarik, kalau setakat ngorat awek dia la dewa nya..member aq ne ada sorang girlfriend. dan girlfrend dia ne bukan pompuan sembarangan, berpendidikan tinggi dan memegang title sebagai seorang pensyarah d sebuah kolej swasta. kira girlfriend dia ne org yang berjaya la. tapi e2 dulu.. oleh kerana cinta nya pada member aq ne dia sanggub tinggal kan semua kesenangan itu demi cinta nya..(ne kategori pengorbanan yang BONGOK!!) hanya kerana ndak sanggub berjauhan c pompuan ne sanggub tinggal kan pekerjaan nya, tiggal kan kesenangan untuk mengejar cinta nya, dan sekarang yg ku dengar c pompuan ne jd pengangur terhormat,kereta nya dah kena tarik, pendek kata segala nya hancur.. dan c lelaki a.k.a member aq ne pun satu langsung tak nak bgi nasihat kat girl nya 2 sebelum membuat keputusan.. ini kah yg d sebut pengorbanan?? alahai ada jgak orgg sanggub buat begitu, berkorban membabi buta tanpa berfikir terlebih dahulu, sia-sia kita d anugerah kan akal fikiran tapi tak di gunakan sebaik baik nya..nanti bila dah tersedar dan terlambat baru nak menyesal..baru la menangis sampai habis air mata, tp dah tak berguna lagi..
bilang org bugis "ANDRE BAJIK MU LOLLON PAKDOKKO" ...

Wassalam..

Wednesday 2 March 2011

"semalam i kol u..u tak answer" a.k.a KANTOI

semalam aq lepak ngan seorang kawan, perbualan kami di mulakan ngan cerita tentang MU vs CHELSEA, rancak juga lah perbualan kami wlu pun aq peminat LIVERPOOL..bila perbualan tentang bola habis, tiba2 dia mengeluh panjang, aq tanya napa ko mengeluh?? dia cakap dari tadi dia kol awek nya tapi tak di jawab, aq pun terus bergurau ngan member aq ne dengan berkata "ala tengah dating la awek mu tu"..dengan selamber dia member aq ne jawab "maybe la tu"..oleh kerana kehabisan rokok time lepak tu, kami pun keluar p cari rokok kerana member aq ne hisap rokok yang kena cukai kerajaan a.k.a dunhill so tiada jual kat kg kami. kami pun berhenti di sebuah restoran untuk membeli rokok dan melepaskan hajat kecil, dengan tidak di sangka kami ternampak awek member aq ne kat dalam restoran tu sedang makan ngan seorang lelaki.bila aq tengok member aq ne muka dia dah merah mcm barah api dan aq pun terus tarik dia bawa masuk kereta coz aq expect lau aq tak tenang kan dia memang akan kecoh la restoran tu.aq pun terus bgi segala nasihat yang termampu supaya dia tak mengamuk malam tu tapi mcm segala nasihat ku tak makan kat dia.tapi bila aq kata yg malu lah kita gaduh depan org ramai gara2 perempuan bru la dia cool sikit..member aq ne terus kol awek dia tp tetap jgak tak dijawab. kemudian member aq ne mesej awek dia mngatakan yang dia tengah demam..selang beberapa minit awek member aq ne kol, dan dia cakap "sorry abg..syg d rumah makcik ne ada kenduri" mcm tu lah lebih kurang ayat yg aq dengar..wah pandai nya awek dia berlakon..kemudian member aq cakap dia nak bagi surprise kat awek dia. member aq pun turun dari kereta dan masuk restoran tu untuk beli rokok, aq panic dah, aq tengok jak gelagat member ku dari luar, lepas member ku bli rokok dia terus jalan mendekati meja awek nya untuk berpura2 meminjam mancis dari lelaki itu. alangkah terkejut nya  awek member ku itu bila melihat boyfriend nya berada di hadapan nya. selepas meminjam mancis member aq terus bla dari meja tu.dan bila kami dah jalan tinggal kan restoran tu member aq pun terus kol awek nya dan mangucapkan kata2 keramat iaitu "we break"..aq pun salute la ngan member aq ne coz boleh bersifat tenang mcm 2..dan untuk awek dia aq rasa dia lah orang paling rugi coz mensia-sia kan orang yang baik dan berpangkat mcm member ku..dan aq dapat tahu lelaki yang bersama awek member aq malam 2 hanya seorang conductor bus dan memegang title penagih syabu..ne la hidup kadang2 kita dah dapat benda yg baik tapi masih juga mau mencari yang buruk..kalau dulu kita selalu dengar lelaki jak yg kuat selingkuh tp kini lelaki perempuan sama sahaja..


WASSALAM..  

Tuesday 1 March 2011

alahai minah tudung..

baru2 ne aq p temankan sorang kawan perempuan p interview di salah satu butik, tapi dia gagal dalam interview tu. taw apa sebab dia gagal?? sebab dia bertudung. OMG!! apa la salah org bertudung ne sampai di layan sebegitu rupa..dan perkara ne makin popular dah di tempat kita ne, coz ramai dah majikan sekarang ne tak nak ambil pekerja yg tak bertudung. terutama sekali majikan yg bukan beragama islam..habis la kalu terus macam ne nanti semua wanita muslim yg bertudung tak dapat kerja. tapi yang pelik nya ramai juga minah2 tudung ne sanggub buka tudung mereka semata-mata majikan minta dorang berbuat demikian..alahai minah tudung tak kan dek mengejak RM  sanggub lupakan tuntutan agama kita..baru2 ne aq ada jumpa seorang kawan satu sekolah dulu, aq taw dia ne jenis yang pakai tudung tp kerana kerja dia buka tudung..bila aq tanya napa buka tudung alasan nya susah nak cari kerja..so siapa yang patut di persalah kan dalam hal ne..kalau terus macam ne hilang lah maruah minah2 tudung ne..and pesanan ku pada minah2 tudung yg masih tudung mereka tepacak di kepala tu, ingat la rezeki ALLAH yg tentukan so jgan sanggub buang harga diri dek kerana mangejar FULUS..


WASSALAM..

Friday 18 February 2011

kepada siapa harus kita minta?

Kita bukanlah 'superhero' yang mampu mendapatkan segala yang kita inginkan cuma sekadar dengan memetik jari. Sebagai manusia yang punyai nafsu, naluri dan keinginan, sering sahaja kita berasa tidak cukup dan tidak puas dengan apa yang kita miliki.

Dari semasa ke semasa, tuntutan dan kehendak kita kian bertambah. Jika di zaman kanak-kanak, jumlah wang sebanyak RM 1 sangat besar nilainya kepada kita, namun seiring dengan peredaran masa, lama kelamaan, duit sebanyak RM1000 pun belum mampu memuaskan kita. Mungkinkah ini lumrah yang dilalui semua orang?



Sebagai seorang pelajar misalannya, kadang-kadang wang pinjaman atau biasiswa tidak mencukupi. Dengan wang sebanyak itu untuk membayar yuran, belanja harian, makanan minuman, yuran asrama, membeli buku, menyiapkan assingment dan lain-lain, kita kian terhimpit. Terdesak. Kita perlukan wang. Kepada siapa kita meminta?


Wajah-wajah pertama yang terbayang di minda kita tentunya mak dan ayah. Ya. Mereka orang pertama yang kita ingat di kala kita dalam kesusahan. Sebagai ibu dan ayah, tentunya mereka tidak akan menolak untuk menghulurkan bantuan. Kepada mereka kita memohon pertolongan.

Kita minta wang dari mereka, seolah-olah mereka mesin pencetak wang. Mereka orang pertama yang kita dekati seolah-olah merekalah yang paling hebat dalam segala hal. Lupakah kita kepada Allah yang Maha Pencipta? Bukankah Dia yang maha berkuasa? Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana. Dia yang Maha Mengetahui, Maha Melihat dan Maha Mendengar.

Tapi kenapa bukan kepada Dia kita memohon pertolongan? Mungkinkah Dia sedang merindui ratapan tangis rindu kita terhadap-Nya?



Bukankah Nabi SAW telah mengajarkan kepada kita, baginda sendiri apabila berdepan dengan kesulitan dan masalah, segera berwudhuk dan mengerjakan solat. Oleh itu, kita seharusnya mencontohi baginda. Sekiranya kita mengalami apa-apa kesulitan atau kalau kita ada apa-apa hajat, maka, kerjakanlah solat.


Bukankah ALLAH ada berfirman dalam Quran.

Surah al-Baqarah ayat 45 , maksudnya ;

“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat….”



Betapa indahnya agama kita. Begitulah ajaran Islam pada kita. Ada hajat, ada keinginan, ada masalah, perkara yang pertama harus kita lakukan adalah ingat kepada Allah swt yang maha berkuasa atas segalanya. Tiap apa yang berlaku adalah hanya dengan keizinannnya. Oleh itu, usah bertangguh, teruslah minta dengan Allah .

Tunaikanlah solat 2 rakaat, puji Allah , selawat ke atas Nabi SAW. Mengadu, merintihlah dan mohonlah pada Allah supaya menolong dan menentukan yang terbaik buat kita. Kerana sesungguhnya, hanya Dia yang Maha Mengetahui.



Namun sayangngnya, mengapa kita sangat jarang melaksanakan apa yang diajar oleh baginda?

Ramai diantara kita, hanya menjadikan solat hajat dan doa ini sebagai cara atau jalan terakhir kita meminta sesuatu. Apabila dah tak berjaya, apabila dah tiada makhluk lain yang dapat menolong kita, barulah nak terhegeh-hegeh berdoa dan mohon pertolongan ALLAH. Adakah kita patut berbuat demikian? Mari muhasabah diri.



sebagai hambah sudah pasti hanya pada NYA lah kita berhajat dan bergantung.. 


wasalam..

Wednesday 16 February 2011

ujian ALLAH peringatan untuk kita

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214