assalamualaikum...aq tak tau di mana harus aq luah kan rasa isi hati ku ini..aq taw sebagai umat islam merayu dan mengadu lah pada Ilahi bila ada masalah tp aq tak mempunyai kekuatan untuk buat begitu.keluarga adalah salah satu anugerah yang di kurnia kan oleh Allah kepada semua orang walau pun terdapat sesetengah manusia tidak mempunyai keluarga samada keluarga mereka telah tiada atau di sebabkan masalah lain sehinggah dia kehilangan keluarga..setiapa makhluk yang bernama manusia semuanya mengimpikan keluarga yang bahagia..kerana kebahagiaan dalam sesebuah keluarga boleh mempengarui kehidupan individu tersebut..tp kenapa kah kebahagiaan keluarga ku ku rasa kan hanya sekejab sahaja..kenapa selalu sahaja ada masalah yang menghantui keluarga ku..di mana silap nya..?? kami adik beradik semuanya sudah dewasa.. tapi kenapa semakin besar kami semua semakin masalah itu datang bertubi-tubi..adakah silap dalam keluarga kami sampai jadi begitu..aq kesian kan kedua orang tua ku..yang umur mereka dah semakin senja sepatutnya sisa-sisa hidup mereka biarlah indah dan gembira sahaja yang mereka lalui sebelum ajal menjemput mereka..tp semakin mereka tua semakin sakit kepala mereka memikirkan tentang hal keluarga..aku sangat buntu untu mencari jalan penyelesaiaan semua masalah ini..adakah silap dari diri ku sendiri menyebabkan semua ini terjadi.."YA ALLAH JAUHI LAH PERKARA BURUK DALAM KELUARGA KAMI".. cukup lah apa yang telah menimpa kepada abang hamdan..perkara itu telah mengubah hidupnya 100%.. jangan lah terjadi pula kepada abg long..aq dah tak sanggup berhadapan semua ini..tolong la..tolong la.. puas aq berfikir di mana silap nya semua ini..ku mohon pada mu ya ALLAH tunjuk kan jalan agar aku dapat perbetulkan semua ini..aq ingin kan ketenangan dalam keluarga kami biar keluarga kami menjadi keluarga harmoni dan biar kan kedua orang tua ku meghabiskan hari2 tua mereka dengan kegembiraan.....WASALAM
Tuesday, 25 December 2012
Saturday, 29 October 2011
"tanda lelaki sangat sayang"
Posted by boneka sayu at 04:26 0 comments
Friday, 17 June 2011
"taman Syurga atau lubang Neraka"
setiap yang bernyawa di atas muka bumi ini pasti akan mati, tak kira lah samaada manusia,tumbuhan,haiwan ataupun makhluk yang bernyawa lain. dan sebagai manusia kita kita kena percaya yang mati itu benar dan bila sampai masa maut menjemput kita, maka kita tidak dapat menangguh walaupun sesaat. dan sekiranya kita telah meninggal kan dunia ini buat selama-lamanya adakah segalanya akan berakhir?? jawapan nya TIDAK..kerana selepas kita meninggalkan alam dunia ,kita akan berpindah ke alam kubur pula. dan di sini lah sebenarnya permulaan bagi kita samaada kita akan senang untuk selama-lamanya atau kita akan susah untuk selama-lamanya. semuanya ini bergantung dengan apa yang kita buat semasa kita berada di alam dunia.sabda Nabi S.A.W "sesungguh nya kubur itu adalah satu taman dari taman-taman syurga, dan merupakan lubang dari lubang-lubang neraka."
Setiap hari bumi (tanah) akan memanggil manusia dengan 10 panggilan;
Posted by boneka sayu at 21:04 0 comments
Tuesday, 5 April 2011
Kisah Pelacur dan Anjing
Dari Abu hurairah r.a katanya rasulullah saw. Pernah bercerita “Pada suatu ketika ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat kehausan. Kebetulan dia turun ke sumur itu untuk minum. Setelah keluar dari sumur, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Orang itu berkata dalam hatinya, Alangkah hausnya anjing itu, seperti yang baru kualami” lalu dia turun kembali ke sumur, dicedoknya air dengan sepatunya, dibawanya ke atas dan diberi minumkannya kepada anjing itu. Maka Allah berterima kasih kepada lelaki itu (diterimaNya amalnya), dan diampuniNya dosanya” Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah saw. Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan ini?” Jawab rasulullah saw “Menyayangi setiap makhluk hidup(tumbuhan dan haiwan) berpahala (ada pahalanya),” Hadis Sahih Muslim jilid 4 no hadis 2099Dari Abu Hurairah r.a katanya “Rasulullah saw. Bercerita “Pada suatu ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah sumur. Anjing itu hampir mati kehausan. Tiba-tiba dia terlihat oleh seorang wanita pelacur bangsa bani Israil. Maka dibukanya sepatu botnya, kemudian dicedoknya air dengan sepatunya, lalu diberinya minum anjing yang hampir mati itu . maka Allah swt mengampuni segala dosa wanita itu (dengan asbab amalnya beri minum anjing itu)..betapa pemurah nya Allah pada hamba2 nya..renungkan la...
Posted by boneka sayu at 03:41 0 comments
Wednesday, 23 March 2011
Dunia di junjung Akhirat di pegang.
Pada zaman sekarang ne semua manusia berlumba-lumba mengejar dunia, kalau boleh semua yang ada di dunia ne nak kita perolehi. sedangkan kita tahu dunia ne hanya tempat persinggahan yang bersifat sementara yang mana satu hari nanti pasti dan pasti semua yang ada di dunia ini akan musnah. tapi peringatan tersebut tak sedikit pun kita ambil peduli. sebagai contoh bila kita ada masalah duniawi bersungguh2 kita cuba cari jalan penyelesaiaan nya, berhempas pulas kita cari ikhtiar agar masalah itu selesai. manusia hari ini akan runsing serunsing runsing nya bila tiada pekerjaan sampai kita bersungguh2 supaya kita dapat pekerjaan, kadang2 sampai terlupa kewajipan dek kerana urusan cari kerja.tetapi bila soal akhirat manusia ambil mudah sahaja tak sama usaha yang bersungguh2 untuk dunia berbanding usaha akhirat. kalau hari ini seorang raja mengundang kita untuk berjumpa nya kita akan persiap kan diri untuk hari tersebut, kita akan persiap kan baju yang cantik, kenderaan, pokok nya semua sudah di siap kan walau pun hujan atau ribut kita akan berusaha untuk pergi.. tetapi kalau RAJA SEGALA RAJA yg menjemput kita melalui muazin nya dengan laungan azan.apa yang kita buat adakah sama usaha kita yng bersungguh2 ketika raja di dunia yang menjemput kita??? jawapan nya tentu tidak sama..begini la sifat dan kelakuan kita hari ini.."DUNIA D JUNJUNG AKHIRAT D PEGANG"..bila dunia goyang kita lepas kan akhirat untuk menyelamat kan dunia..sepatutnya "AKHIRAT D JUNJUNG DUNIA D PEGANG" bila akhirat goyang kita lepas kan dunia dan selamat kan akhirat..tapi ini lah kita hari ne terleka dengan tipu daya dunia..terpesona dengan keindahan dunia sehinggah lupa pada keindahan SYURGA yg berlipat-lipat kali ganda keindahan nya..
Wallahualam..
Posted by boneka sayu at 04:18 0 comments
Friday, 11 March 2011
Saturday, 5 March 2011
i love my bestfriend..
Posted by boneka sayu at 19:12 0 comments