"demi untuk mu lautan api sanggup ku renangi"
Friday, 4 March 2011
apa saja untuk mu aq sanggub berkorban
Posted by boneka sayu at 17:48 0 comments
Wednesday, 2 March 2011
"semalam i kol u..u tak answer" a.k.a KANTOI
semalam aq lepak ngan seorang kawan, perbualan kami di mulakan ngan cerita tentang MU vs CHELSEA, rancak juga lah perbualan kami wlu pun aq peminat LIVERPOOL..bila perbualan tentang bola habis, tiba2 dia mengeluh panjang, aq tanya napa ko mengeluh?? dia cakap dari tadi dia kol awek nya tapi tak di jawab, aq pun terus bergurau ngan member aq ne dengan berkata "ala tengah dating la awek mu tu"..dengan selamber dia member aq ne jawab "maybe la tu"..oleh kerana kehabisan rokok time lepak tu, kami pun keluar p cari rokok kerana member aq ne hisap rokok yang kena cukai kerajaan a.k.a dunhill so tiada jual kat kg kami. kami pun berhenti di sebuah restoran untuk membeli rokok dan melepaskan hajat kecil, dengan tidak di sangka kami ternampak awek member aq ne kat dalam restoran tu sedang makan ngan seorang lelaki.bila aq tengok member aq ne muka dia dah merah mcm barah api dan aq pun terus tarik dia bawa masuk kereta coz aq expect lau aq tak tenang kan dia memang akan kecoh la restoran tu.aq pun terus bgi segala nasihat yang termampu supaya dia tak mengamuk malam tu tapi mcm segala nasihat ku tak makan kat dia.tapi bila aq kata yg malu lah kita gaduh depan org ramai gara2 perempuan bru la dia cool sikit..member aq ne terus kol awek dia tp tetap jgak tak dijawab. kemudian member aq ne mesej awek dia mngatakan yang dia tengah demam..selang beberapa minit awek member aq ne kol, dan dia cakap "sorry abg..syg d rumah makcik ne ada kenduri" mcm tu lah lebih kurang ayat yg aq dengar..wah pandai nya awek dia berlakon..kemudian member aq cakap dia nak bagi surprise kat awek dia. member aq pun turun dari kereta dan masuk restoran tu untuk beli rokok, aq panic dah, aq tengok jak gelagat member ku dari luar, lepas member ku bli rokok dia terus jalan mendekati meja awek nya untuk berpura2 meminjam mancis dari lelaki itu. alangkah terkejut nya awek member ku itu bila melihat boyfriend nya berada di hadapan nya. selepas meminjam mancis member aq terus bla dari meja tu.dan bila kami dah jalan tinggal kan restoran tu member aq pun terus kol awek nya dan mangucapkan kata2 keramat iaitu "we break"..aq pun salute la ngan member aq ne coz boleh bersifat tenang mcm 2..dan untuk awek dia aq rasa dia lah orang paling rugi coz mensia-sia kan orang yang baik dan berpangkat mcm member ku..dan aq dapat tahu lelaki yang bersama awek member aq malam 2 hanya seorang conductor bus dan memegang title penagih syabu..ne la hidup kadang2 kita dah dapat benda yg baik tapi masih juga mau mencari yang buruk..kalau dulu kita selalu dengar lelaki jak yg kuat selingkuh tp kini lelaki perempuan sama sahaja..
Posted by boneka sayu at 01:03 0 comments
Tuesday, 1 March 2011
alahai minah tudung..
baru2 ne aq p temankan sorang kawan perempuan p interview di salah satu butik, tapi dia gagal dalam interview tu. taw apa sebab dia gagal?? sebab dia bertudung. OMG!! apa la salah org bertudung ne sampai di layan sebegitu rupa..dan perkara ne makin popular dah di tempat kita ne, coz ramai dah majikan sekarang ne tak nak ambil pekerja yg tak bertudung. terutama sekali majikan yg bukan beragama islam..habis la kalu terus macam ne nanti semua wanita muslim yg bertudung tak dapat kerja. tapi yang pelik nya ramai juga minah2 tudung ne sanggub buka tudung mereka semata-mata majikan minta dorang berbuat demikian..alahai minah tudung tak kan dek mengejak RM sanggub lupakan tuntutan agama kita..baru2 ne aq ada jumpa seorang kawan satu sekolah dulu, aq taw dia ne jenis yang pakai tudung tp kerana kerja dia buka tudung..bila aq tanya napa buka tudung alasan nya susah nak cari kerja..so siapa yang patut di persalah kan dalam hal ne..kalau terus macam ne hilang lah maruah minah2 tudung ne..and pesanan ku pada minah2 tudung yg masih tudung mereka tepacak di kepala tu, ingat la rezeki ALLAH yg tentukan so jgan sanggub buang harga diri dek kerana mangejar FULUS..
WASSALAM..
Posted by boneka sayu at 03:18 0 comments
Friday, 18 February 2011
kepada siapa harus kita minta?
Kita bukanlah 'superhero' yang mampu mendapatkan segala yang kita inginkan cuma sekadar dengan memetik jari. Sebagai manusia yang punyai nafsu, naluri dan keinginan, sering sahaja kita berasa tidak cukup dan tidak puas dengan apa yang kita miliki.
Dari semasa ke semasa, tuntutan dan kehendak kita kian bertambah. Jika di zaman kanak-kanak, jumlah wang sebanyak RM 1 sangat besar nilainya kepada kita, namun seiring dengan peredaran masa, lama kelamaan, duit sebanyak RM1000 pun belum mampu memuaskan kita. Mungkinkah ini lumrah yang dilalui semua orang?
Sebagai seorang pelajar misalannya, kadang-kadang wang pinjaman atau biasiswa tidak mencukupi. Dengan wang sebanyak itu untuk membayar yuran, belanja harian, makanan minuman, yuran asrama, membeli buku, menyiapkan assingment dan lain-lain, kita kian terhimpit. Terdesak. Kita perlukan wang. Kepada siapa kita meminta?
Wajah-wajah pertama yang terbayang di minda kita tentunya mak dan ayah. Ya. Mereka orang pertama yang kita ingat di kala kita dalam kesusahan. Sebagai ibu dan ayah, tentunya mereka tidak akan menolak untuk menghulurkan bantuan. Kepada mereka kita memohon pertolongan.
Kita minta wang dari mereka, seolah-olah mereka mesin pencetak wang. Mereka orang pertama yang kita dekati seolah-olah merekalah yang paling hebat dalam segala hal. Lupakah kita kepada Allah yang Maha Pencipta? Bukankah Dia yang maha berkuasa? Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana. Dia yang Maha Mengetahui, Maha Melihat dan Maha Mendengar.
Tapi kenapa bukan kepada Dia kita memohon pertolongan? Mungkinkah Dia sedang merindui ratapan tangis rindu kita terhadap-Nya?
Bukankah Nabi SAW telah mengajarkan kepada kita, baginda sendiri apabila berdepan dengan kesulitan dan masalah, segera berwudhuk dan mengerjakan solat. Oleh itu, kita seharusnya mencontohi baginda. Sekiranya kita mengalami apa-apa kesulitan atau kalau kita ada apa-apa hajat, maka, kerjakanlah solat.
Bukankah ALLAH ada berfirman dalam Quran.
Surah al-Baqarah ayat 45 , maksudnya ;
“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat….”
Betapa indahnya agama kita. Begitulah ajaran Islam pada kita. Ada hajat, ada keinginan, ada masalah, perkara yang pertama harus kita lakukan adalah ingat kepada Allah swt yang maha berkuasa atas segalanya. Tiap apa yang berlaku adalah hanya dengan keizinannnya. Oleh itu, usah bertangguh, teruslah minta dengan Allah .
Tunaikanlah solat 2 rakaat, puji Allah , selawat ke atas Nabi SAW. Mengadu, merintihlah dan mohonlah pada Allah supaya menolong dan menentukan yang terbaik buat kita. Kerana sesungguhnya, hanya Dia yang Maha Mengetahui.
Namun sayangngnya, mengapa kita sangat jarang melaksanakan apa yang diajar oleh baginda?
Ramai diantara kita, hanya menjadikan solat hajat dan doa ini sebagai cara atau jalan terakhir kita meminta sesuatu. Apabila dah tak berjaya, apabila dah tiada makhluk lain yang dapat menolong kita, barulah nak terhegeh-hegeh berdoa dan mohon pertolongan ALLAH. Adakah kita patut berbuat demikian? Mari muhasabah diri.
sebagai hambah sudah pasti hanya pada NYA lah kita berhajat dan bergantung..
wasalam..
Posted by boneka sayu at 04:33 0 comments
Wednesday, 16 February 2011
ujian ALLAH peringatan untuk kita
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214
Posted by boneka sayu at 00:47 0 comments
